Saturday, July 28, 2007

Karangan skolah (1)

mase aku tgk2 keje skola adik lelaki aku, hanif..tetibe je aku teringat mase aku kecik2 dulu, zmn2 skola rendah..wat karangan tuleh pakai pensel (btoll ke eja dia camni? ke pensil?) ..
aku paling suke tuleh karangan, sbb aku suke mengkerepek2 kan diri kat karangan tu..
huuu...tetibe cam rase nak tuleh karangan pulak laa... :-)
DIRI SAYA..
Nama saya Fadzilah yang bermaksud kelebihan. Saya dilahirkan pada 12 April 1983 di Kg Nelayan, Pelabuhan Klang. Saya dilahirkan di rumah, tidak sempat dibawa ke hospital kerana saya sudah tidak sabar2 lagi ingin melihat muka bumi ciptaanNya yg indah ini.
Saya tinggal di Kg. Kuantan yg terletak di antara pekan Kuala Selangor (pekan koboi) dan Btg Berjuntai (aku tak suke betol nama pekan nih!).. Kampung aku sangat terkenal dgn sektor pelancongannya...iaitu pusat pelancongan sejenis haiwan (bukan...serangga) yg bernama "kelip-kelip" atau dlm bahasa inggerisnya "firefly"..Sesiapa yg ingin mengunjungi tempat ini, bolehlah bertanya dgn lebih lanjut kpd aku..(huu...penduduk kg yg prihatin, mempromosi kg sendiri!)
Saya mempunyai 7 org adik-beradik. Saya ialah anak yg ke2 dan dipanggil "Angah". Saya mempunyai seorang kakak serta 5 org adik. Adik-beradik saya adalah perempuan bermula daripada anak pertama sehingga anak yg kelima (secara berturutan). Kemudian, dua yang terakhir barulah saya mempunyai adik lelaki..(macam salah je pola struktur ayat aku nih? huu..belasah je la!)
Saya mula menjejakkan kaki di bangunan yg bernama sekolah ketika berusia 7 thn. Saya tidak dihantar ke sekolah tadika kerana bapak saya kata tidak perlu ke tadika sebab dia boleh menjadi cekgu di rumah. Saya bersekolah di Sek. Keb. Pasangan, Kg. Kuantan pd waktu pagi dan pd sebelah ptg saya pergi ke sekolah agama yg bernama Sek. Rendah Agama Pasangan.
Selepas menimba ilmu selama 6 thn di sekolah rendah, saya beralih arah pula ke sekolah menengah. Pada mulanya saya bersekolah di Sek. Men. Sult. Abd. Aziz (SAAS), Kuala S'ngor. Tetapi saya hanya sempat bersekolah di situ selama sebulan saja. Kemudian, saya ditawarkan melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama yg bernama Sek. Men. Keb. Agama Kuala S'ngor. Mengikut lagenda, saya bersekolah di sekolah tersebut sehingga SPM. Namun, saya sempat bersekolah seketika (2 minggu kot) di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Saya tidak menghabiskan pengajian di sana kerana saya 'lari' semula ke sekolah lama.. (jangan ditanya kenapa..)

Itu sahaja karangan tentang diri saya buat kali ini. Saya akan menyambung karangan ini pada esok hari. Ini kerana saya sangat penat untuk memikirkan susunan ayat yg cantik serta indah untuk ditulis di sini. Memandangkan saya sudah lama tidak membuat karangan bahasa melayu, saya terasa seperti sangat sengal untuk membuat ayat. Oleh itu, saya berpendapat adalah baik sekiranya karangan saya ini tidak ditulis dgn terlalu panjang pd satu2 masa.

huuu..berjaya gak aku menulis satu karangan...
hehehe...mesti cekgu yatie reject karangan aku ni kalau aku hantar kat dia mase skolah dulu! gerenti aku kene buat semula!!! :-)






1 comment:

isuzu_aizu said...

nak tambah kat tgh2 karangan tu sket ----> " semasa di sekolah menengah, saye pernah tinggal sebilik dengan budak junior bernama intan" haaa amacam?